Suntikan Vaksin Kunci Utama Memerangi Wabak COVID-19

ISNIN, 26 JULAI 2021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing sekali lagi menegaskan bahawa suntikan vaksin adalah kunci utama bagi memerangi wabak pandemik COVID-19.

Menurutnya, pemberian vaksin kepada rakyat merupakan jawapan bagi berdepan dengan ancaman wabak berkenaan.

“Inilah yang saya jangkakan, vaksin adalah jawapan untuk memerangi COVID-19. Kita harus fokus pada pemerolehan dan pemberian suntikan,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Tambahnya lagi, seperti yang disarankan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, langkah suntik dahulu, daftar kemudian adalah strategi yang terbaik bagi membendung wabak COVID-19.

“Strategi untik dahulu, daftar kemudian adalah salah satu langkah yang terbaik.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membunuh Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), bukan COVID 19,” ujarnya lagi. -EDISI UKAS

Share
0

add comment