Teruskan Amal SOP, Hindari Penularan COVID-19

ISNIN, 26 JULAI 2021

MIRI: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir diingatkan supaya terus patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa berada di luar rumah. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, ini bertujuan mencegah penularan wabak pandemik COVID-19 ke dalam masyarakat khususnya varian Delta yang kini telah dikesan di Miri.

“Penularan wabak COVID-19 masih aktif di sekeliling dan sewajarnya SOP harus sentiasa diamalkan di mana sahaja berada. 

“Penduduk di DUN Lambir juga diingatkan supaya mendaftar diri untuk mendapatkan vaksin demi lindung diri dan lindung semua,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Ziarah UKAS bagi kawasan DUN Lambir di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Chung Hua Tukau dan SJKC Chung Hua Bakam. 

Sejumlah 100 buah keluarga dari kumpulan B40 yang terdiri daripada berbilang kaum tinggal di sekitar kawasan Tukau dan Sungai Rait, Bakam menerima bantuan makanan. 

Hadir sama Pengerusi SUPP Lambir Lee Thin Hin, Timbalan Pengerusi SUPP Lambir Kaunselor Jong Wei Ming dan Ketua Pemuda SUPP Lambir Esther Wong. -EDISI UKAS

Share
0

add comment