47 Ahli NSJA Telah Lengkap Terima Suntikan Vaksin COVID-19

SELASA, 27 JULAI 2021

MIRI: Seramai 47 orang pengamal media dan jurugambar yang berdaftar di bawah Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di Daerah Miri telah selesai menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19 pada Isnin. 

Presidennya, Andy Jong Wan Joon berkata media dan jurugambar di Miri telah menerima suntikan vaksin mulai hujung bulan Mei dan selesai kedua-dua dos pada pertengahan bulan Jun dan Julai.

“Kami  berterima kasih kepada semua petugas pengamal media yang berdaftar di bawah NSJA dan Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) kerana berjaya menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Persekutuan Khairy Jamaluddin sebelum ini telah mengumumkan vaksin COVID-19 telah diperuntukkan kepada media mulai bulan Jun di seluruh negara.

Kesempatan ini, NSJA mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu dan Pegawai Kesihatan Daerah Miri Dr. Raviwharmman Packierisamy yang telah membantu dan bekerjasama menjayakan program vaksinasi ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment