50 Orang Ibu Tunggal Dari 8 Buah Kampung Di DUN Ba’Kelalan Terima Bantuan Makanan

SELASA, 27 JULAI 2021

BA’KELALAN: Seramai 50 orang ibu tunggal dari lapan buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan menerima bantuan makanan dalam Program Ziarah UKAS. 

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Murud Suang, Long Tukon, Long Kachu, Berayung Baru, Bang Angga, Mengkalap, Long Temarub dan Long Suang.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah telah menyerahkan simbolik kepada 10 orang ibu tunggal yang diadakan di di Perkarangan Pejabat Daerah Kecil Trusan pada Ahad. 

Selepas simbolik itu, petugas telah menyerahkan bantuan makanan kepada beberapa buah kampung berdasarkan senarai ibu tinggal yang telah diterima sebelum ini. 

Penghulu Brahim Tarip telah menyerahkan bantuan tersebut secara simbolik kepada setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) untuk diagihkan kepada setiap penerima ibu tunggal di kawasan masing-masing. -EDISI UKAS

Share
0

add comment