6 Projek RTP ADUN Kabong Siap Dilaksanakan

SELASA, 27 JULAI 2021

KABONG: Sebanyak enam projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong telah siap dilaksanakan sepenuhnya.

Majlis ringkas Serah Projek Siap itu telah diadakan pada Selasa dengan turut disaksikan ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir.

Senarai projek yang telah siap dan diserahkan adalah bina baru jambatan Rumah Ayum, Kabong dengan peruntukan RM250,000 yang bermula pada 8 Januari 2021 dan siap pada 25 Jun 2021.

Turut siap Pembinaan Jeti Konkrit (Fasa II) di Kampung Gerigat, Kabong dengan peruntukan RM100,000 bermula 25 Januari 2021 dan siap pada 17 Mei 2021.

Ia termasuk projek bina baru jambatan ke Perkuburan Islam Kabong dan Naiktaraf Jalan Perkuburan Islam Kabong dengan peruntukan RM300,000 yang bermula 8 Januari 2021 dan siap pada 25 Jun 2021.

Seterusnya turut diserahkan projek naiktaraf jalan Kampung Hilir Darat Kabong dengan peruntukan RM70,000 yang bermula 10 Ogos 2020 dan siap pada 25 Januari 2021.

Dua lagi projek siap adalah bina baru Pusat Sukan Rakyat Kabong dengan peruntukan RM530,000 bermula 10 Ogos 2020 dan siap pada 25 Januari 2021 serta Bina Baru Pusat Penjaja Kabong dengan peruntukan RM300,000 yang bermula 10 Ogos 2020 dan siap pada 25 Januari 2021.

Turut hadir semasa majlis serahan Pegawai Khas ADUN Kabong Nur Elffi Amir, Penolong Jurutera JKR Saratok Priscilla Carnelius, Penolong Jurutera JKR Saratok Muhamad Sahril Sulaiman, Pembantu Kemahiran JKR Saratok Abdul Malek Ismail, Ketua Pemuda PBB Kabong Shukeri Kipeli dan beberapa wakil penerima projek siap. – EDISI UKAS