ADUN Machan Hargai Sumbangan Petugas Barisan Hadapan

SELASA, 27 JULAI 2021

KANOWIT: Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam melindungi masyarakat di Kanowit dari wabak Covid-19 terus dihargai.

Terbaru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong menghulurkan sumbangan minuman dan makanan kepada petugas yang berkawal di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Simpang Kanowit dan Jalan Lukut.

Penyerahan sumbangan dilaksanakan Barisan Pemuda DUN Machan bagi mewakili Allan pada Isnin.

Sumbangan itu bertujuan menambah keperluan barisan hadapan ketika bertugas dan sebagai tanda sokongan serta penghargaan kepada mereka atas komitmen menjalankan tanggungjawab sejak pandemik Covid-19 melanda.

Allan dalam pada itu berharap semua barisan hadapan terus cekal, bersemangat dan bermotivasi dalam melaksanakan tugasan seharian demi menjaga keselamatan rakyat negeri ini khususnya di Kanowit.

Beliau juga berharap masyarakat mengambil tanggungjawab masing-masing mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk mencegah penularan Covid-19 demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling. – EDISI UKAS

Share
0

add comment