ADUN Piasau Raikan Program SABERKAS Prihatin dan Hari Sarawak

SELASA, 27 JULAI 2021

MIRI: Pusat Khidmat SUPP DUN Piasau dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) DUN Piasau telah mengadakan Program SABERKAS Prihatin dan Hari Sarawak pada Sabtu.

Program ini melibatkan penyerahan daging mentah kepada lima buah kampung dalam DUN Piasau antaranya Kampung Senadin, Kampung Pulau Melayu, Kampung Piasau Jaya, Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahed. 

Simbolik penyerahan daging telah disempurnakan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di setiap kampung tersebut pada Sabtu. 

Setiap keluarga yang terlibat menerima sebanyak 1 kilogram daging mentah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan juga secara tidak langsung menghayati sambutan Hari Sarawak yang diraikan pada bulan Julai ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment