Berek Kediaman Lama SESCO Limbang Terbakar

ISNIN, 27 JULAI 2021

LIMBANG: Sebuah berek kediaman SESCO yang tidak berpenghuni di Jalan Marin Limbang terbakar pada Isnin. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang telah menerima panggilan pada jam 8.14 malam dan bergegas ke lokasi kejadian serta mendapati 80 peratus struktur berek tersebut telah musnah terbakar.

Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.50 malam. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Dalam perkembangan lain, kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Mendalam, Limbang telah musnah terbakar 100 peratus pada petang Ahad lalu.

Tindakan pantas kakitangan sekolah dan orang awam berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke struktur yang lain. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment