Guna Dana UNIFOR Secara Berhemah Dan Betul

SELASA, 27 JULAI 2021

TATAU: Setiap wakil gereja yang menerima bantuan cek Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) diminta supaya menggunakan dana tersebut dengan cara berhemat dan betul.

Menurut Menteri Muda (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai Datuk John Sikie Tayai, ini penting supaya bantuan ini dapat dimanfaatkan penduduk dan penganut agama Kristian. 

“Dana ini datangnya daripada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan perlu digunakan sebaiknya untuk manfaat masyarakat. 

“Atas sebab itu, ianya perlu digunakan secara berhemah supaya semua masyarakat dapat merasainya,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Cek Bantuan UNIFOR Kepada Gereja di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus pada Isnin. 

Pada masa sama, Datuk John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus meminta pihak gereja yang belum memohon bantuan supaya dibuat dengan cepat dengan permohonan lengkap beserta dokumen sokongan yang lengkap. 

Empat buah gereja di Daerah Tatau telah menerima cek UNIFOR berjumlah RM596,000 bagi mmebina semula Gereja BEM Lubuk Kubung, membeli Alat Muzik Gereja SDA Batu Bom, membuat Pagar St.Micheal Chapel Sangan dan membina baru Gereja Pusat SDA. 

Turut hadir Pastor Kevin Chuli, Ketua Gereja Rengan Brasap @ Gesa Brasap, wakil Gereja St. Michael Chapel Sangan Beti Pandang dan wakil Pusat Khidmat PRS DUN Kakus Thomas Gantiang. -EDISI UKAS

Share
0

add comment