JBPM Dan NSJA Terima Sumbangan Bakul Makanan Dalam Jayakan Program Kolaborasi Sentuhan Kasih

ISNIN, 27 JULAI 2021

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah menerima sumbangan 30 bakul makanan daripada pemilik Cafe 59, 59 Street dan 59 Religious Good Trading Wholesale bagi menjayakan Program Kolaborasi Sentuhan Kasih.

Ketua Zon 6 Penguasa Bomba Kanan 1 Law Poh Kiong telah menerima sumbangan tersebut di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Zon 6 Miri Sarawak pada Isnin. 

Mereka menerima bantuan bakul makanan berupa beras 5kg, gula, minyak masak, mi segera, telur, minuman vico, biskut, lampin pakai buang, susu tepung dan pelitup muka kanak-kanak akan diagihkan kepada 42 keluarga yang terkesan.

Sasaran kali ini terdiri daripada masyarakat miskin, balu, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pesakit, dan golongan yang kehilangan kerja. 

Ini merupakan Program Sentuhan Kasih JBPM Zon 6 dan NSJA ketiga dalam bulan ini.

Sebelum ini, Program Sentuhan Kasih telah menyantuni 80 buah keluarga di pada program pertama dan 240 keluarga dalam program kedua yang terkesan dalam situasi pandemik COVID-19. 

Tambah Law lagi, Program Kolaborasi Sentuhan Kasih ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Masyarakat sayang Bomba, kami warga Bomba lagi sayang masyarakat,” katanya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment