Kesesakan Di Kaunter JPJ Cawangan Miri Dapat Perhatian, Program Outreach JPJ Dicadangkan Di Daerah Miri

SELASA, 27 JULAI 2021

MIRI: Kesesakan yang berlaku di kaunter dan proses pengoperasian yang agak perlahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri mendapat perhatian daripada Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin.

Susulan itu, beliau bersama dengan Pemangku Residen Bahagian Miri yang juga Pemangku JPBB Miri Jamalie Busri telah meninjau dan mendapatkan maklumat terperinci daripada Ketua Pejabat JPJ Cawangan Miri, Maya Morshidi di samping membincangkan penyelesaian segera bagi mengatasi masalah ini.

“Hasil daripada tinjauan ini, saya telah mendapat maklum balas orang ramai berhubung kesesakan menunggu giliran di sini serta proses pengoperasian yang perlu dipercepatkan. 

“Saya juga telah meminta agar kemudahan tempat duduk yang mencukupi bagi orang ramai yang menunggu di luar agar aspek penjarakan sosial dipatuhi,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual selepas mengadakan tinjauan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri pada Isnin. 

Jelas Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak, kesesakan ini disebabkan hanya lima kaunter sahaja dibuka, masa operasi secara tunai dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi mengikut masa bank dan kemudahan internet yang perlahan juga telah menyebabkan pengoperasian kaunter tidak lancar.

Walau bagaimanapun, transaksi secara ‘online’ atau ‘e-payment’ masih dapat dilaksanakan selepas pukul 11:00 pagi sehingga 4:00 petang.

“Saya akan mencadangkan pihak bank untuk melanjutkan masa kutipan (wang tunai) di JPJ Miri. Saya berharap pihak bank dapat memberi pertimbangan dan kerjasama kepada JPJ Miri supaya masalah ini dapat diselesaikan. 

“Saya juga telah meminta JPJ Miri menulis surat kepada pihak Telekom bagi mempertingkatkan kelajuan internet. 

“Diharapkan usaha ini dapat menyelesaikan masalah ini dan pemerhatian akan diteruskan dalam tempoh seminggu ini,” jelasnya. 

Dalam perkembangan lain, Datuk Lee juga mencadangkan JPJ Sarawak melaksanakan Program Outreach JPJ Miri menerusi kaunter bergerak yang ditempatkan di Pejabat-Pejabat Daerah khususnya di Subis, Marudi, Beluru dan Telang Usan bagi memudahkan urusan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan khususnya bagi penduduk di luar bandar sekaligus dapat membantu mengurangkan kesesakan Pejabat JPJ Miri. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia