Lagi Lebih 1,000 Set Bakul Makanan PEMULIH Untuk KIR Parlimen Tanjong Manis

SELASA, 27 JULAI 2021

TANJONG MANIS: Lebih 1,000 set bakul makanan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemilihan Ekonomi (PEMULIH) telah diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) kawasan Kerubong, Kerapa, Selalang dan flat kediaman Taman Susur Jambu Sarikei dalam Parlimen Tanjong Manis.

Jumlah itu termasuk 10,000 KIR di parlimen tersebut yang telah menerima bakul makanan PEMULIH.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab ketika dihubungi sekali lagi mengingatkan penduduk agar terus mematuhi operasi prosedur standard (SOP) dan tidak lalai dalam usaha memerangi penularan COVID-19.

Beliau juga mahu individu yang layak dan belum menerima suntikan vaksin COVID-19 agar hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin.-EDISI UKAS