Simbolik Penyerahan Tangki Gas Oksigen Sarawak Ke Indonesia Akan Berlangsung 28 Julai 2021

ISNIN, 26 JULAI 2021

SERIAN : Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan yang diketuai Setiausaha Tetapnya, Datu Safibbin Zainudin telah mengadakan lawatan ke Perkarangan Komplek Kastam, Imigresen dan Kuarantin Tebedu, pada Isnin.

Lawatan tersebut bagi meninjau tapak Program Simbolik Penyerahan Tangki Gas Oksigen dari Sarawak ke Kalimantan Barat Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada Rabu, 28 Julai 2021.

Dimaklumkan, simbolik penyerahan tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar (Dr) James Jemut Masing mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. -EDISI UKAS

Share
0

add comment