Pemberian Vaksin Di PPV Dewan Akademi Bomba Bau Melepasi Kadar 1,000 Dos Sehari

RABU, 28 JULAI 2021

BAU : Seramai 2893 individu di Daerah Bau telah menerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau, setakat Selasa.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pemberian vaksin melepasi kadar 1,000 dos sehari dalam tempoh dua hari pelaksanaannya bermula Isnin.

Daripada angka tersebut, direkodkan jumlah penerima dos pertama adalah seramai 91 orang manakala jumlah yang mendapat perlindungan lengkap dua dos vaksin adalah seramai 2,802 orang.

Program turut dijayakan dengan kekuatan seramai 35 petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta para sukarelawan. – EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia