PPV Dewan Suarah Limbang Ditutup Sementara

RABU, 28 JULAI 2021

LIMBANG: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Limbang akan ditutup sementara bermula 28 hingga 31 Julai 2021. 

Perkara ini dimaklumkan dalam satu notis yang dikeluarkan pada Selasa. 

Dalam notis itu, juga memaklumkan pembukaan semula PPV Dewan Suarah Limbang akan dibuka pada 1 Ogos 2021 bagi proses pemberian vaksin COVID-19 dos kedua. 

Sehubungan itu, bagi mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dos pertama diminta menghubungi Hotline PPV Dewan Suarah Limbang atau menghantar maklumat pengenalan diri yang lengkap melalui SMS ke talian 013-8301046.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan diminta menghubungi PPV Dewan Suarah Limbang pada waktu pejabat dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang di talian 013-8301046. -EDISI UKAS

Share
0

add comment