ADUN Pakan Tinjau Projek Jalan Nanga Kara-Ulu Kota

KHAMIS, 29 JULAI 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom telah membuat tinjauan ke tapak projek jalan dari Nanga Kara Fasa 2 ke Ulu Kota Fasa 3 di Pakan pada Rabu.

Projek kira-kira lapan kilometer itu menelan kos sebanyak RM139 juta termasuk 11 buah jambatan.

Selain itu, tujuh buah jambatan sementara yang dibina semasa fasa satu akan dibina semula menjadi jambatan kekal manakala empat lagi jambatan baharu dalam fasa tiga.

Projek bermula pada 11 Mei 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 10 November 2024.

Pembinaan jalan ini penting bagi penduduk pedalaman turut menikmati kemudahan yang lebih selesa. -EDISI UKAS