Kerajaan Sarawak Guna Pelbagai Pendekatan, Percepat Pemberian Vaksin COVID-19

KHAMIS, 29 JULAI 2021

KUCHING: Pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh Kerajaan Sarawak bagi mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat. 

Menurut Pengurus Projek pPusat Pemberian Vaksin (PPV) Majma, Mildred Voon , ia merupakan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

“Program vaksinasi saya rasa telah berlangsung dengan sangat cepat atas usaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua jabatan di Sarawak terutama Pejabat Residen Kuching dan Pejabat Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh kru Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majma, Kuching pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada rakyat untuk mendapat suntikan dengan segera berikutan Kerajaan Negeri kini membenarkan untuk ‘walk-in’ ke mana-mana PPV atau menghubungi jawatankuasa pengurusan benacana bahagian (JPBB) masing-masing.

“Sekarang cabaran yang dihadapi adalah mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit, dan tidak mempunyai MySejahtera.

“Jadi kami betul-betul mohon kepada semua penduduk Sarawak sekiranya kamu tahu sesiapa yang belum dapat vaskinasi untuk walk ini terutama di Kuching, boleh walk-in di stadium atau menghubungi nombor yang diberi oleh Kerajaan Negeri Sarawak,” jelas beliau lagi.-EDISI UKAS