KHAMIS, 29 JULAI 2021
KOTA PADAWAN : Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong telah menerima 50 bungkusan makanan sumbangan The Federation Of Chinese Association (Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian) untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi The Federation Of Chinese Association, Pemanca Dato John Tiong Tat Chong kepada Menteri Muda Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil, pada Rabu. Difahamkan, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada golongan pesara tentera melalui Persatuan Hal Ehwal Vateren Sarawak dalam masa terdekat. -EDISI UKAS