6 JKKK Dan NGO’s Di DUN Mulu Terima Geran MRP RM115,000

JUMAAT, 30 JULAI 2021

MULU: Sebanyak 6 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM115,000. 

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala berharap geran ini dapat digunakan sebaik mungkin JKKK dan NGO’s masing-masing.

“Sumbangan geran MRP ini akan dapat digunakan dengan sebaik mungkin dalam memajukan rumah panjang masing-masing,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan geran MRP di Pusat Khidmat ADUN pada Khamis. 

Majlis tersebut turut disaksikan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai dan dihadiri Ketua Masyarakat Iban Kawasan Marudi Pemanca Randie Ak Bundan, Ketua Masyarakat Iban Kawasan Puyut Nibong Penghulu Hillary Tawan dan Ahli Majlis Daerah Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau. -EDISI UKAS