Bantuan Peralatan Kesihatan Pemberian UKAS Amat Besar Ertinya Kepada Penduduk Rumah Panjang

JUMAAT, 30 JULAI 2021

MULU: Sebanyak 50 buah rumah panjang yang berdaftar dengan Jawatankuasa Pembangunan Puyut Lubok Nibong menerima sumbangan peralatan kesihatan sumbangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). 

Menurut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala, sumbangan ini amat besar ertinya kepada penduduk di rumah panjang. 

“Sumbangan kelengkapan seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan pencuci tangan diharap dapat digunakan penduduk untuk mengelakan mereka dari jangkitan virus COVID-19.

“Ini bagi memastikan penduduk terus kekal selamat dan sihat dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam majlis penyerahan peralatan peralatan kesihatan Program Ziarah UKAS di Rh Michael Selangkor pada Khamis. 

Ketua Masyarakat Iban Kawasan Marudi Pemanca Randie Bundan telah menerima sumbangan ini dan disaksikan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai dan beberapa orang Tuai Rumah Kawasan Puyut Lubok Nibong dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Puyut Lubok Nibong. -EDISI UKAS