Dataran Akan Dibina Di RPR Batu 12, Kegunaan Untuk Beriadah Dan Aktiviti Kemasyarakatan

JUMAAT, 30 JULAI 2021

KUCHING : Sebuah dataran akan dibina berhampiran gelanggang futsal di RPR Batu 12 menerusi Projek Mesra Rakyat 2021 di bawah Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Lawatan pemeriksaan tekah dilakukan oleh pihak Pejabat Ahli Parlimen Kota Samarahan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak dan wakil penduduk dari kawasan tersebut.

Projek tersebut dijangka dilaksanakan pada penghujung tahun ini dan impak daripada projek tersebut akan memberi galakan kepada masyarakat setempat untuk beriadah serta melakukan aktiviti kemasyarakatan setelah projek tersebut siap. -EDISI UKAS