JUMAAT, 30 JULAI 2021
SONG: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah menyempurnakan penyerahan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada 136 orang penerima di Daerah Song pada Jumaat.
Jelasnya, KGC memberikan kemudahan dalam bentuk diskaun rebat atau yuran percuma di beberapa premis kesihatan, pengangkutan awam dan kedai runcit.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Dato Sri Ambrose Blikau berharap penerima KGC dapat memanfaatkan kad tersebut dengan sebaiknya.
“Saya berharap para penerima KGC menggunakan kad ini dengan sebaiknya dan jika perlukan maklumat mengenai KGC, sila berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan,” katanya.
Selain itu, bantuan ihsan kematian turut diserahkan kepada lima orang pewaris dan masing-masing menerima RM3,000.
Dalam perkembangan sama, Dato’ Sri Fatimah merasmikan Pusat Aktivti Warga Emas (PAWE) Daerah Song yang dibina sebagai kemudahan untuk warga emas menjalankan aktiviti sosial.
“Ianya juga bertujuan menjaga kebajikan sekaligus mewujudkan warga emas yang sihat dan aktif,” ujarnya.
Dato’ Sri Fatimah kemudian turut menyerahkan cek RM50,000 kepada PAWE Daerah Song dan geran RM10,000 kepada PAWE tersebut dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Song. – EDISI UKAS