JUMAAT, 30 JULAI 2021
KUCHING : Perkhabaran mengenai kunjungan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ke Nanga Jagau, Ngemah Kanowit amat dihargai dan disambut baik oleh penduduk di kawasan itu.
Berbesar hati atas lawatan tersebut, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berharap, Datuk Patinggi Abang Zohari semasa lawatannya nanti berkesempatan melakukan perjalanan khusus mengunjungi Penghulu Johnny, bagi menyantuni penduduk disitu sekaligus mendalami sejarah penempatan itu.
Dimaklumkan Ketua Menteri akan mengadakan lawatan kerjanya ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Nanga Jagau, pada Sabtu bagi meninjau kelancaran proses pemvaksinan disitu disamping melihat sambutan serta penerimaan penduduk mengenai program vaksinasi COVID-19. -EDISI UKAS