JUMAAT, 30 JULAI 2021
KUCHING : Penduduk Taman Orchidwoods telah menerima bantuan bekalan makanan sumbangan kerajaan Malaysia di bawah Pakej Pelindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), baru-baru ini.
Sumbangan diserahkan oleh Ketua Wanita Cawangan Tupong, Jamilah Rakim kepada Ketua Ranting yang mewakili penduduk, bertempat di Dewan Komuniti Taman Orchidwoods dan dibantu oleh EXCO Wanita Cawangan.
Para penerima bantuan adalah mengikut senarai yang ditetapkan Ketua Ranting, yang mana semuanya terdiri daripada golongan yang benar-benar terjejas dan memerlukan bantuan segera. -EDISI UKAS