Pusat Komuniti Dan Tadika Baharu Akan Dibina Di Kampung Seniawan

JUMAAT, 30 JULAI 2021

SERIAN : Pusat Komuniti dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) akan dibina di Kampung Seniawan bagi menggantikan bangunan Tadika lama yang uzur.

Ketua Kaum Kampung Seniawan, Anuar Unid melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang yang telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan pusat tersebut, bagi membolehkan penduduk mengadakan aktiviti kemasyarakatan, termasuk tempat pembelajaran yang lebih selesa bagi kanak-kanak. 

Sehubungan dengan itu, kira-kira RM200,000 telah diperuntukkan di bawah senarai projek khas Parlimen Kota Samarahan, dan dijangka akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini. -EDISI UKAS