SABTU, 31 JULAI 2021
KUCHING: Seramai 419 orang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 bagi dos kedua menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Dewan Serbaguna Kampung Paroh pada Khamis.
Penerima yang hadir terdiri daripada penduduk Kampung Sagah, Banjaran Serapi dan taman-taman sekitar dan pemberian suntikan telah dilakukan sendiri oleh 30 pegawai dari Klinik Kesihatan Petra Jaya seawal jam 8 pagi.
Turut membantu dalam usaha menjayakan Program Vaksin Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong adalah para Exco Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Ranting PBB Tupong.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara, Senator Dr Zaiedi Suhaili dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman yang turut hadir dalam program itu merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama pihak yang terlibat bagi memastikan program pemberian vaksin itu berjalan lancar.-EDISI UKAS