SABTU, 31 JULAI 2021
KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menyantuni petugas barisan hadapan di kawasan DUN Kabong pada Sabtu.
Beliau telah menyumbangkan beberapa kotak air mineral, air kotak dan juga biskut untuk para petugas di dua buah lokaliti yang diwartakan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Rumah Bundan Engkabang (20 Julai – 3 Ogos 2021) dan Rumah Chuat Empayang (29 Julai – 12 Ogos 2021)
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir pada Ahad bagi mewakili Mohd Chee.
Turut sama semasa agihan sumbangan Ketua PEMUDA PBB Kabong, Shukeri Kipeli. – EDISI UKAS