SABTU, 31 JULAI 2021
GEDONG: Seramai 170 ketua isi rumah (KIR) Kampung Kanchong Baru Gedong yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sejak 24 Julai lepas telah menerima bekalan makanan basah pada Jumaat.
Sumbangan makanan itu dibekalkan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan Dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais.
Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh wakil ADUN Gedong iaitu Awang Abdul Rahman Awang Hamid selaku Setiausaha Sulit beliau dengan kerjasama daripada Pusat Khidmat Gedong untuk menyerahkan sumbangan tersebut kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berkenaan.
Sumbangan berupa makanan mentah ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu penduduk kampung yang terkesan daripada pandemik COVID-19 ini dan ia diharap dapat meringankan beban para penduduk.-EDISI UKAS