PPRMS Di DUN Tanjong Datu Telah Baik Pulih 257 Rumah

SABTU, 31 JULAI 2021

LUNDU: Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang dijalankan oleh Kerajaan Sarawak sejak ia diperkenalkan telah memberi manfaat kepada sebanyak 257 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu memberitahu, ia merupakan usaha Kerajaan Sarawak yang prihatin untuk membantu rakyat Sarawak dalam memastikan setiap rakyat di negeri ini mempunyai kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami.

“Dengan adanya PPRMS ini bermula dari 2018, ia telah memberi faedah kepada 257 buah rumah di kawasan Tanjong Datu tanpa mengira bangsa dan agama termasuk Iban, Melayu dan Cina di kawasan ini.

“Jumlah peruntukan setakat ini yang telah diberi kepada kawasan Tanjong Datu ialah RM2.5 juta di mana rumah telah siap,” katanya semasa melakukan lawatan ke dua buah rumah PPRMS di bawah DUN Tanjong Datu pada Jumaat.

Dua buah rumah yang dilawati adalah kediaman milik Rimos Lohen di Kampung Sebemban dan kediaman Fatimah Sahram di Kampung Stunggang Melayu Baru yang mana ia telah dibaikpulih atap serta siling masing-masing dengan jumlah anggaran kos bernilai RM24,924.

Dalam pada itu, para penerima menzahirkan ucapan penghargaan dan rasa syukur atas bantuan tersebut yang memberi keselesaan kepada mereka.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia