SABTU, 31 JULAI 2021
KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi Program Ziarah UKAS menyerahkan sumbangan bantuan peralatan perlindungan diri kepada sekolah-sekolah di kawasan Padungan pada Jumaat.
Pada kali ini, sumbangan peralatan perlindungan diri seperti cecair pembersih tangan, pelindung muka, pelitup muka, alat sanitasi, pengesan suhu, dan air minuman diserahkan kepada sekolah menengah di kawasan itu.
Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Kapitan Ho Mung Gek kepada Penolong Pengetua, Ng Shang Soon dan perwakilan guru, disaksikan oleh Kaunselor Jong Yea Pin.
Menurut Kaunselor Jong, bantuan berkenaan sedikit sebanyak membantu dalam persediaan pembukaan semula sekolah agar berada di dalam keadaan yang sihat dan selamat.
Dalam pada itu, Ng Shang Soon merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas usaha murni UKAS dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. -EDISI UKAS