412 Penduduk Kampung Bunga Rampai Jalani ACD COVID-19

AHAD, 1 OGOS 2021

BAU : Seramai 412 orang penduduk dari Kampung Bunga Rampai di sini menjalani ujian saringan menerusi operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) COVID-19 di Dewan Kampung Bunga Rampai, pada Sabtu.

Ujian saringan tersebut dikendalikan oleh 24 orang petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau serta dibantu tiga petugas dari Pasukan Makmal Kuching.

Kampung Bunga Rampai turut diisytiharkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 31 Julai hingga 13 Ogos depan.

Turut sama membantu dalam melancarkan ACD berkenaan ialah pasukan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bunga Rampai. -EDISI UKAS