ADUN Batu Kitang Turun Padang Sertai Program Ziarah UKAS

AHAD, 1 OGOS 2021

KUCHING: Seramai 100 penduduk terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas menerima bantuan berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pembersih tangan menerusi Program Ziarah UKAS.

Sumbangan kepada golongan sasar yang menetap di kawasan kediaman Batu 3 hingga Batu 9 itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Sementara itu, Khere Chiang dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di atas usaha murni yang diberikan demi membantu penduduk yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.

Katanya,  setiap penerima dipilih berdasarkan senarai nama yang dinilai layak oleh setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat.

Penerima dan wakil penerima pula berterima kasih kepada pihak UKAS di atas inisiatif bantuan berupa bakul makanan yang secara langsung membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. -EDISI UKAS