AHAD, 1 OGOS 2021
KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kabong, Mohd Chee Kadir telah menghadiri ceramah khas besempena Hari Pahlawan Tahun 2021 di Masjid Assabirin Kabong, pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau juga turut menyempurnakan simbolik penyerahan 30 kerusi yang disumbangkan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) diwakili Nor-E Fadzwie kepada Masjid Assabirin Kabong, Surau Darul Nadwah, dan Surau Darul Ihsan Kampung Sungai Pala Kabong.
Terdahulu, solat fardhu Maghrib berjemaah dilakukan serta diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadli Mohd Ismail bertajuk ‘Kita Semua Adalah Parajurit Negara’ dan disusuli dengan solat fardhu Isyak.
Turut hadir, Pengerusi Masjid Assabirin Kabong, Johar Bidi; Pengerusi Surau Darul Nadwah, Darmizan Daud dan wakil Surau Darul Ihsan Kampung Sungai Pala Kabong, Ade Haisron Neda Aden. – EDISI UKAS