AHAD, 1 OGOS 2021
SERIAN : Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong telah menyempurnakan simbolik penyerahan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin, pada Sabtu.
Cek berjumlah RM522,000 itu diserahkan kepada 32 penerima yang mewakili Gereja, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kelab serta Persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.
Simbolik penyerahan turut disaksikan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak,Dr Simon Sinang Bada, Pegawai Daerah Serian,Lim Hock Meng serta Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw.
Datuk Amar Michael Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu dalam ucapan ringkasnya turut berpesan agar semua penerima menggunakan dana tersebut dengan sebaik mungkin.
Terdahulu, telah berlangsungnya Mesyuarat Kesiapsiagaan Ahli Exco Parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang akan datang.
Seperti yang sedia maklum, dengan Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, PRN tidak akan diadakan sehingga kes COVID-19 kembali normal. Sehubungan dengan itu, Datuk Michael Manyin menyeru semua pihak agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta bekerjasama memutuskan rantaian COVID-19. -EDISI UKAS