PKPD Di Kampung Telaga Air, ADUN Pantai Damai Serah Sumbangan

AHAD, 1 OGOS 2021

KUCHING : Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengadakan lawatan ke Bilik Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Telaga Air, pada Sabtu.

Dalam lawatan itu, beliau menyampaikan sumbangan makanan basah kepada wakil penduduk untuk diagihkan kepada 1,976 orang yang dikenakan PKPD di kampung tersebut.

Kampung Telaga Air dikenakan PKPD bermula 28 Julai sehingga 10 Ogos 2021, setelah 31 kes positif melibatkan penduduk kampung tersebut dikesan. -EDISI UKAS