Program Ziarah UKAS: Lagi 50 Orang Golongan Kurang Berkemampuan Dari DUN Pantai Damai Terima Bantuan Makanan

AHAD, 1 OGOS 2021

KUCHING: Lagi seramai 50 orang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, warga emas dan orang kurang upaya di kawasan Pantai Damai nerima bantuan berupa bakul makanan sempena Program Ziarah UKAS anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Antara penduduk kampung yang menerima bantuan tersebut adalah dari Kampung Pasir Pandak, Kampung Pasir Panjang, Salak, Kampung Sungai Berdaun dan Kampung Sungai Batu.

Simbolik penyampaian bakul makanan berupa bekalan makanan asas dan pelitup muka telah diserahkan oleh Ketua Kaum Nazri kepada wakil penerima.

Tujuan program diadakan adalah untuk membantu golongan sasar yang dinilai layak oleh setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat.

Penerima dan wakil penerima pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada UKAS dan kerajaan negeri di atas bantuan bakul makanan berkenaan.-EDISI UKAS