17 Penerima Geran MRP Di DUN Tarat

ISNIN, 2 OGOS 2021

SERIAN: Seramai 17 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) tahun 2021 berjumlah RM245,000 di Dewan Kampung Begu, Padawan pada Ahad.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Antara penerima bantuan tersebut merangkumi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sekolah-sekolah dan gereja bagi pembinaan dan baik pulih tandas dan dewan-dewan serbaguna.

Dalam pada itu Datuk Roland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, memberitahu bahawa sumbangan MRP itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri diterajui oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg. –EDISI UKAS