ISNIN, 2 OGOS 2021
BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada dua kampung, pada Ahad.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Serasot 1 dan Kampung Serasot 2 masing-masing menerima peruntukan MRP sebanyak RM3,000.
Penyerahan cek dana tersebut telah disampaikan kepada Ketua Kaum Kampung Serasot 1, Delly Gupem serta Ketua Kaum Kampung Serasot 2, Reben Nerot.
Dalam pada itu, peruntukan yang telah diberikan kepada JKKK kedua-dua kampung tersebut adalah untuk aktiviti tahunan mereka. -EDISI UKAS