ADUN Tasik Biru Sumbang Dana MRP Kepada JKKK Kampung Skibang Dan PIBG SK Skibang

ISNIN, 2 OGOS 2021

BAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah menyumbang dana peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bertempat di Balai Raya Kampung Skibang pada Ahad.

Dana berjumlah RM3,000 telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Skibang melalui Ketua Kaumnya, Doros Nopek.

Manakala, sejumlah RM5,000 lagi diserahkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Skibang, Jangor Durin, mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Skibang.

Peruntukan tersebut bertujuan untuk melaksanakan aktiviti mahupun program tahunan.

Dalam pada itu Dato Henry dalam ucapan ringkasnya berkata, sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat mahupun pemimpin untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat kawasan jagaannya. -EDISI UKAS