Dato Sri Fadillah Yusof Santuni Mangsa Kebakaran Kampung Sinjan/Tanjong

ISNIN, 2 OGOS 2021

KUCHING: Nasib malang menimpa penduduk di Kampung Sinjan/Tanjong apabila rumah mereka terlibat dalam satu kebakaran mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Beliau menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut bagi membantu serba sedikit kerja-kerja membaikpulih rumah mereka dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N6 Tupong pada Ahad.

Dalam pada itu,Penghulu Kampung Sinjan/Tanjong, Abdullah Ba’ee mewakili penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada Dato Sri Fadillah atas keprihatinan beliau yang turun padang melawat dan memberikan sumbangan kepada mangsa kejadian. –EDISI UKAS