ISNIN, 2 OGOS 2021
BAU: Gereja St. Leonard Kampung Atas, Singai di sini mendapat berita baik apabila menerima dana peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM80,000 bagi membaiki fasiliti dan kemudahan asas gereja tersebut.
Dana MRP itu adalah daripada Menteri Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong dan cek telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep pada Sabtu.
Sementara itu, penduduk kampung berkenaan merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak menerusi Datuk Amar Michael Manyin yang menyumbang dana untuk membolehkan kerja-kerja menaik taraf gereja berkenaan dapat dilaksanakan.
Kemudahan tersebut juga akan membolehkan umat Kristian di kampung berkenaan menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa. -EDISI UKAS