ISNIN,2 OGOS 2021
KUCHING: Seramai 1,911 orang individu melengkapkan suntikan dos kedua vaksin jenis Sinovac menerusi program vaksinasi bergerak di Dewan Serbaguna Parti Rakyat Bersatu (SUPP) di sini.
Ahli Dewan Negara, Senator Dr Zaiedi Suhaili bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman turut hadir dalam program berkenaan pada Sabtu.
Sementara itu, Fazzrudin memberitahu, beliau akan mengenalpasti individu yang belum melengkapkan dos kedua tersebut untuk hadir sendiri ke tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Klinik Kesihatan Petra Jaya.
Jelasnya, ia penting bagi memastikan usaha kerajaan negeri mewujudkan imuniti kelompok menjelang hujung bulan ini.
Program tersebut turut dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa Ranting, Pesaka Bumi Bersatu (PBB) Tupong -EDISI UKAS