Silinder Gas Petroleum Cecair PETROS Kini Di Pasaran, Dijual Di Kuching Sebelum Diperluaskan Ke Seluruh Sarawak

ISNIN, 2 OGOS 2021

KUCHING: Anak syarikat milik penuh PETROSNiaga Sdn Bhd (PETROSNiaga), Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mula menjual silinder gas petroleum cecair (LPG) di Kuching sebagai permulaan sebelum diperluaskan ke seluruh negeri ini.

Menerusi kenyataan media PETROS pada Isnin, silinder LPG PETROS yang mempunyai isian kini boleh didapati di kawasan Matang, Petra Jaya, seluruh Tabuan dan BDC.

Dua peniaga pertama di Kuching yang menjual dan menyediakan perkhidmatan LPG PETROS iaitu PETROS LPG JC Gas bagi kawasan Petra Jaya dan Matang (+6012 883 0785) manakala PETROS LPG Min Soon meliputi Tabuan dan BDC (+6019 888 1924).

Pembayaran tanpa tunai bagi pembelian silinder LPG PETROS adalah menggunakan Sarawak Pay sahaja.

Sebarang pertanyaan dan pembelian silinder LPG PETROS boleh dilayari di laman sesawang www.petroleumsarawak.com/PETROSLPG atau menghubungi Khidmat Pelanggan PETROS di talian 1-300-882 122. –EDISI UKAS