ISNIN, 2 OGOS 2021
BAU: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) telah menyumbang dana berjumlah RM50,000 kepada Gereja St. Peter Serippau, Singai Bau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep telah melakukan penyerahan cek dana tersebut bertempat di gereja berkenaan pada Sabtu.
Sumbangan dana tersebut adalah bertujuan bagi menaik taraf serta membaiki fasiliti dan kemudahan asas gereja berkenaan. -EDISI UKAS