SELASA, 3 OGOS 2021
KUCHING: Seramai 1,965 lagi individu menerima vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Borneo Convention Center Kuching (BCCK) pada Selasa.
Ketua Penyelaras PPV BCCK, Dr Cheong Yaw Liong berkata, operasi vaksinasi di PPV berkenaan berjalan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jelasnya, para penerima vaksin juga datang mengikut janji temu yang ditetapkan dalam aplikasi MySejahtera masing-masing.
Program vaksinasi di PPV BCCK tersebut akan berterusan dan bergantung kepada bekalan vaksin yang diterima.-EDISI UKAS