3 Rumah Panjang Di Daerah Subis Terima Bantuan Air Mineral

KHAMIS, 5 OGOS 2021

SUBIS: Tiga buah rumah panjang dalam Daerah Subis telah menerima bantuan air mineral berikutan musim panas. 

Tiga rumah panjang itu ialah Rumah Mandau Anak Empenit, Rumah Juan Anak Suim dan Rumah Libin anak Ngadan pada Rabu. 

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri yang diketuai Hanida Kadel bersama empat orang anggota telah menyerahkan bantuan air mineral itu. 

Mereka menerima 394 kotak bagi Rumah Mandau, 394 kotak Rumah Juan dan 520 kotak untuk Rumah Libin. 

Pengagihan jumlah kotak air mineral itu berdasarkan maklumat daripada Pejabat Daerah Kecil Niah. -EDISI UKAS