KHAMIS, 5 OGOS 2021
SIBU: Seramai 3,000 orang penerima telah hadir mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dos kedua dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persatuan Foochow Sibu yang dijalankan selama tiga hari.
Program berakhir pada Rabu dengan kehadiran 1,100 orang penerima.
Kelancaran program adalah hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jentera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang diketuai Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek, Kaunselor Joseph Chieng Jin Ek.
Terdahulu, program untuk suntikan dos pertama telah diadakan pada 12 Julai sehingga 14 Julai 2021 lepas.-EDISI UKAS