52 Lagi Penduduk Matu Disuntik Dos Pertama Vaksin Covid-19

KHAMIS, 5 OGOS 2021

MATU: Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) di Matu masih diteruskan dengan 52 lagi individu menerima dos pertama pada Rabu.

Daripada jumlah berkenaan, 38 divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Matu manakala 14 lagi menerima di kediaman masing-masing melalui program ‘mopping’.

Program di PPV Dewan Suarah Matu dibuka secara ‘walk-in’ kepada mana-mana penduduk untuk mendapatkan suntikan dan kebanyakan yang hadir adalah mereka yang dahulunya tidak mahu menerima suntikan namun telah sedar akan kepentingan pengambilan vaksin ini.

Dalam pada itu, penerima secara ‘mopping’ terdiri daripada mereka yang terlantar, OKU dan tidak berupa untuk bergerak ke PPV merakamkan terima kasih kepada pasukan CITF Matu kerana sanggup datang ke rumah mereka untuk memberi vaksin. – EDISI UKAS