KHAMIS, 5 OGOS 2021
KUCHING: Seramai 30 orang warga emas, golongan terlantar, orang kelainan upaya (OKU) menerima suntikan vaksin jenis Sinovac di Kampung Rantau Panjang Cina pada Khamis.
Lebih menarik, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian sendiri turun padang dan membantu petugas kesihatan dengan menyuntik sendiri para penerima vaksin.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah dan sebagai doktor perubatan sebelum ini turut menasihatkan masyarakat umum untuk segera mendapatkan suntikan vaksin.
Tindakan itu penting dalam mewujudkan imuniti kelompok menjelang hujung Ogos ini. -EDISI UKAS