45 Individu Lagi Dari 4 Zon Di Tebedu Divaksinasi

JUMAAT, 6 OGOS 2021

TEBEDU: Seramai 45 individu lagi dari Zon Mongkos, Zon Payau, Zon Tepoi dan Zon Entubuh melibatkan 18 kampung menerima suntikan vaksin menerusi program mobilisasi vaksinasi pada dua hari lepas.

Kebanyakan individu yang menerima vaksin itu terdiri daripada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Program mobilisasi vaksinasi itu melibatkan kekuatan anggota seramai 12 orang iaitu tujuh dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM) dan dibantu oleh petugas Pejabat Daerah Tebedu, Pejabat Pengairan dan Saliran Serian dan sukarelawan.

Setakat ini Daerah Tebedu boleh menarik nafas lega kerana 80 peratus penduduk yang layak sudah melengkapkan dos kedua mereka sekaligus menyumbang kepada imuniti kelompok menjelang hujung Ogos ini. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia